Tel : 04-916 1926 Fax : 04-917 4508 /04-916 2367 info.ilpjitra@jtm.gov.my

TEKNOLOGI PENYELENGGARAAN MEKANIKAL

Syarat Permohonan

Warganegara Malaysia
Berumur 17 tahun sehingga 35 tahun
Lulus SPM atau setaraf dengan minimum Lulus Sejarah, Bahasa Melayu, Matematik dan satu subjek lain
Tempoh Latihan 2 Tahun 3 bulan Latihan Industri

Persijilan

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3
Sijil Juruteknik Perindustrian

Keterangan Kursus

Kursus Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal TPM merupakan 1 kursus di mana pelajar dilengkapkan dengan info, pengetahuan, kemahiran dan amali mengenai penyelenggaraan mekanikal dan sistem elektrikal yang mana menekankan aspek keselamatan yang tinggi.

Pelajar akan diajar asas keselamatan di tempat kerja, proses menggegas, memotong, mengimpal, penggunaan mesin mekanikal seperti mesin larik, mesin gerudi, mesin kisar dan pelbagai lagi jenis mesin. Para pelajar juga akan didedahkan dengan proses-proses penyelenggaraan berkala, penyelenggaraan mengikut jadual dan penyelenggaraan segera.

Peningkatan permintaan  bidang penyelenggaraan dari pihak industri membuka peluang yang banyak kepada lepasan kursus ini untuk menyertai pasukan penyelenggaraan sesuatu syarikat. Pelajar yang memperoleh Sijil TPM juga boleh membuka syarikat penyelenggaraan mekanikal sendiri jika mempunyai modal atau sambung belajar ke peringkat lebih tinggi di institut pengajian yang lain.

Peluang Pekerjaan

Dengan pertumbuhan ekonomi negara yang pesat telah mendorong lebih banyak industri seperti industri pembuatan dan kejuruteraan ditubuhkan. Industri seperti ini memerlukan ramai pekerja-pekerja mahir dalam bidang Mekanik Industri atau jurugegas. Dengan itu peluang pekerjaan bagi pelajar-pelajar yang mengikut kursus ini cerah. Di antara bidang pekerjaan tersebut adalah Juruteknik Penyelenggaraan atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang penyelenggaraan mekanikal. Mereka yang berpengalaman dan mempunyai modal boleh membuat perniagaan sendiri.

Skip to content