TEKNOLOGI KENDERAAN BERAT PERDAGANGAN
Syarat Permohonan
Warganegara Malaysia
Berumur 17 tahun sehingga 35 tahun
Lulus SPM atau setaraf dengan minimum Lulus Sejarah, Bahasa Melayu, Matematik dan satu subjek lain
Tempoh Latihan 2 Tahun 3 bulan Latihan Industri
Persijilan
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3
- Sijil Juruteknik Perindustrian
Keterangan Kursus
Pelajar kursus ini dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai KENDERAAN PERDAGANGAN BERAT yang menitikberatkan langkah-langkah keselamatan, teknikal dan aspek-aspek lain berkenaan HEAVY COMMERCIAL melalui pendekatan amali yang semestinya lebih berkesan dan mudah dipelajari. Pelajar akan diajar merawat, memasang dan membaiki komponen-komponen kenderaan perdagangan berat seperti bas, lori dan treler. Pembelajaran juga turut meliputi pendedahan kepada sistem brek, sistem gantungan, system stering, system hydraulic dan lain-lain.
Pertumbuhan pesat industry pengangkutan memerlukan ramai juruteknik yang boleh merawat dan membaikpulih kenderaan perdagangan berat.
Peluang Pekerjaan
Tenaga mahir ini akan masuk ke dalam pasaran tenaga kerja mahir negara dalam sector Automotif secara am dan Heavy commercial secara khasnya. Lepasan kursus ini berpeluang bekerja di pusat-pusat servis dan bengkel-bengkel membaiki kenderaan perdagangan dan juga berpeluang menyambung ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).