TEKNOLOGI ELEKTRIK
Syarat Permohonan
Warganegara Malaysia
Berumur 17 tahun sehingga 35 tahun
Lulus SPM atau setaraf dengan minimum Lulus Sejarah, Bahasa Melayu, Matematik dan satu subjek lain
Tempoh Latihan 2 Tahun 3 bulan Latihan Industri
Persijilan
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3
Sijil Juruteknik Perindustrian
Keterangan Kursus
Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan dalam bidang elektrik yang merangkumi Litar Elektrik, Pendawaian Domestik dan Industri (Fasa Tunggal dan 3 Fasa), Kawalan Motor dan Penyelenggaraan Perkakasan Elektrik.
Peluang Pekerjaan
Prospek kerjaya untuk pelajar yang mengikuti kursus ini adalah sebagai Pendawai Elektrik Tiga Fasa di sektor awam atau industri dan Juruteknik di sektor awam atau industri. Pelajar juga berpeluang menjadi tenaga pengajar di mana-mana ILKA dan ILKS dengan syarat-syarat tertentu.