Tel : 04-916 1926 Fax : 04-917 4508 /04-916 2367 info.ilpjitra@jtm.gov.my

TEKNOLOGI AUTOMOTIF

Syarat Permohonan

Warganegara Malaysia
Berumur 17 tahun sehingga 35 tahun
Lulus SPM atau setaraf dengan minimum Lulus Sejarah, Bahasa Melayu, Matematik dan satu subjek lain
Tempoh Latihan 2 Tahun 3 bulan Latihan Industri

Persijilan

Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) mengikut tahap

Objektif Kursus
  • Melahirkan tenaga kerja mahir didalam bidang Automotif yang diperlukan oleh sektor Industri Automotif Negara.
  • Meningkatkan kualiti kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara.
  • Mewujudkan peluang untuk belia lepasan sekolah mendapatkan latihan kemahiran perindustrian yang sistematik bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan.
Keterangan Kursus

Kursus Automotif adalah kursus yang melibatkan kerja-kerja latihan menyelenggara, merombakrawat dan membaikpulih kenderaan dimana ianya melibatkan beberapa sistem seperti sistem enjin, sistem autoelektrik, sistem penghantaran, sistem brek, sistem penyamanan udara kereta, sistem gantungan dan sistem stering. Pelajar yang mengikuti kursus ini akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal yang memenuhi kehendak persijilan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Sijil Teknologi Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Peluang Pekerjaan

Setelah tamat mengikuti kursus ini, para pelajar boleh memilih samada ingin bekerja sebagai jurujual kenderaan, mekanik di pusat servis kenderaan, juruteknik di kilang pemasangan kereta atau menjalankan perniagaan sendiri.

Skip to content